Isnin, 23 Jun 2014

Bagai menghela (menarik) rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak

Maksud 1: Pekerjaan yang sulit dan rumit harus dilakukan dengan berhati-hati dan cermat.

Maksud 2: Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Maksud 3: Menyelesaikan sesuatu perkara atau sengketa seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati.

Ungkapan terdekat:
  1. Seperti memalu (memukul) ular dalam benih, ular biar mati, benih jangan rosak.
  2. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.
  3. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon