Muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah

Maksud :

1. Sesuatu kejayaan atau matlamat dapat dicapai sekiranya semua orang dalam pasukan atau kumpulan atau masyarakat atau negara itu bersatu hati, dan mereka akan gagal jika bercerai-berai atau berpecah-belah.

2. Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat.

Ungkapan terdekat:

1. United we stand, divided we fall.
2. Bersatu teguh, bercerai roboh.
3. Bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat.
4. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon