MENCIPTA KIASAN

Kemahiran mencipta bentuk-bentuk kiasan baru dan segar ialah kemahiran menggunakan bahasa secara kreatif.

Ada dua teknik mencipta kiasan:

1. Perbandingan makna :
>>>> a). Perbandingan rupa bentuk: Iaitu sesuatu hal yang hendak diceritakan sifatnya dibandingkan dengan sesuatu benda lain yang mempunyai ciri-ciri rupa bentuk yang serupa.

Contoh: Seorang yang gemuk boleh dibandingkan dengan benda lain yang gemuk, umpamanya seekor badak sumbu, maka tercipta kiasan, "Perempuan itu gemuk seperti badak sumbu."

>>>> b). Perbandingan sifat: Iaitu sesuatu hal/benda dibandingkan dengan benda lain yang serupa sifatnya walaupun rupa bentuknya berbeza.

Contoh: Orang tua yang tidak boleh bekerja lagi dibandingkan dengan Quran buruk. Kedua-dua mempunyai rupa bentuk yang berbeza iaitu satu manusia dan satu lagi kitab, tetapi mempunyai sifat yang sama iaitu tua dan lama.

2. Perluasan makna :
Di sini makna sesuatu perkataan itu diperluaskan supaya meliputi makna baru dengan kata-kata tambahan ataupun tambahan imbuhan(kata terbitan).

Contoh: 'Tua' menjadi 'Ketua', 'Batu' menjadi 'Kepala batu'

Dipetik drpd:
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
Ainon Mohd & Abdullah Hassan

 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon