Memaparkan catatan dengan label makna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makna. Papar semua catatan

MENCIPTA KIASAN

Kemahiran mencipta bentuk-bentuk kiasan baru dan segar ialah kemahiran menggunakan bahasa secara kreatif.

Ada dua teknik mencipta kiasan:

1. Perbandingan makna :
>>>> a). Perbandingan rupa bentuk: Iaitu sesuatu hal yang hendak diceritakan sifatnya dibandingkan dengan sesuatu benda lain yang mempunyai ciri-ciri rupa bentuk yang serupa.

Contoh: Seorang yang gemuk boleh dibandingkan dengan benda lain yang gemuk, umpamanya seekor badak sumbu, maka tercipta kiasan, "Perempuan itu gemuk seperti badak sumbu."

>>>> b). Perbandingan sifat: Iaitu sesuatu hal/benda dibandingkan dengan benda lain yang serupa sifatnya walaupun rupa bentuknya berbeza.

Contoh: Orang tua yang tidak boleh bekerja lagi dibandingkan dengan Quran buruk. Kedua-dua mempunyai rupa bentuk yang berbeza iaitu satu manusia dan satu lagi kitab, tetapi mempunyai sifat yang sama iaitu tua dan lama.

2. Perluasan makna :
Di sini makna sesuatu perkataan itu diperluaskan supaya meliputi makna baru dengan kata-kata tambahan ataupun tambahan imbuhan(kata terbitan).

Contoh: 'Tua' menjadi 'Ketua', 'Batu' menjadi 'Kepala batu'

Dipetik drpd:
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
Ainon Mohd & Abdullah Hassan

SIMPULAN BAHASA (IDIOM, DIALECT, SLANGA)

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.

Simpulan bahasa digunakan untuk memperjelaskan maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam.

Kandungan maksud simpulan bahasa mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna atau erti asal perkataan yang membentuknya.

Istilah Inggeris bagi simpulan bahasa ialah idiom, dialect, slanga.


Dipetik drpd:
http://prpm.dbp.gov.my
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon