Peribahasa adalah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan pengertian atau maksud tertentu. Biasanya ia mengandungi unsur nasihat, perihal adat dan ajaran orang tua-tua. Ia juga dipanggil pepatah ataupun bidalan.
Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
1. Simpulan bahasa.
2. Bidalan.
3. Pepatah
4. Perumpamaan.
Istilah Inggeris bagi peribahasa ialah proverbs, adage, saying
Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada di sekeliling kita. Ia mempunyai perbandingan makna yang jelas dan biasanya didahului oleh perkataan bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seolah-olah, seperti dan umpama.
Istilah Inggeris bagi perumpamaan ialah simile.
Dipetik drpd: Koleksi Terindah Peribahasa Melayu Ainon Mohd & Abdullah Hassan