Bahasa kebangsaan

Maksud bahasa Melayu:

1. Bahasa rasmi sesebuah negara.

Maksud bahasa Inggeris:

1. National language of a country.
2. Official language used in a country.

Bahasa ibunda

Maksud bahasa Melayu:

1. Bahasa sendiri yang digunakan sejak kecil.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Mother-tongue.
2. Native language.

Bahasa badan

Maksud:

1. Makna gerak tubuh.
2. Cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dsb, dan bukannya melalui pertuturan.

Senyum kambing

Maksud:

1. Senyum sedikit sahaja.
2. Senyuman yang mengejek.

Separuh mati

Maksud bahasa Melayu:

1. Terlalu letih.
2. Letih lesu.
3. Setengah mati.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Too tired.
2. Exhausted.

Ungkapan terdekat:

1. Half-dead.
2. Be worn to a frazzle.

Sepak terajang

Maksud:

1. Sikap, perangai, tingkah laku keras seseorang.
2. Tindak-tanduk.
3. Cabaran atau liku-liku yang dihadapi dalam sesuatu hal/bidang kerja.

Tahan air

Maksud bahasa Melayu:

1. Tidak dapat dimasuki air.
2. Kalis air.
3. Kedap air.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Water resistance.
2. Waterproof.

Tadah tangan

Maksud bahasa Melayu:

1. Mengangkat serta menelentang kedua-dua belah tangan dan berdoa atau mengaminkan doa.
2. Berdoa.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Pray.

Tahan api


Maksud bahasa Melayu:

1. Tidak terbakar.
2. Tidak dapat terbakar.
3. Kalis api.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Fireproof.
2. Fire resistant.
3. Fire-protective material.
4. Fire-clay.

Tajam mulut

Maksud:

1. Suka mengeluarkan kata-kata kesat dan pedas.

Ungkapan terdekat:

1. Waspishness.
2. Sharp-tongued.
3. Mulut bisa.

Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang.

Maksud:

1. Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengaku dirinya pandai daripada orang lain.

(Nota: Pohon kenduduk ialah sebatang pokok renek yang rendah.)

Lebih baik seekor singa di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput.

Maksud:

1. Lebih baik musuh besar di dalam terang, daripada musuh kecil di dalam sulit/tersembunyi/di dalam gelap.

Ibarat kayu(pokok) besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar

Maksud:

1. Pemimpin tempat rakyat mengadukan nasib.

Bagai berseru di padang pasir

Maksud:

1. Seruan yang tidak diendahkan orang.

Ungkapan terdekat:

1. Seperti memekik di padang yang luas.

Pahit manis

Maksud:

1. Bersama-sama mengharungi suka dan duka kehidupan.

Ungkapan terdekat:

1. Asam garam kehidupan.

Pagi-pagi buta

Maksud:

1. Awal pagi atau terlalu pagi.

Pagar diri

Maksud:

1. ikhtiar untuk menjaga keselamatan diri, terutama daripada kuasa sihir dan ilmu hitam.

Padang jarak padang terkukur

Maksud:

1. Sebuah kawasan luas yang ditinggalkan kosong tanpa sebarang aktiviti pertanian dsb.
2. Sesuatu kawasan/bangunan yang habis musnah akibat kebakaran, bencana alam dsb.

Baca hati/Membaca hati

Maksud:

1. Mengetahui atau menjangka niat orang lain.

Angkat senjata

Maksud:

1. Berperang.

Angkat bahu

Maksud:

1. Menyatakan perasaan tidak tahu dengan isyarat mengangkat bahu.
2. Tidak bertanggungjawab.

Balur liat

Maksud bahasa Melayu:

1. Orang yang malas.
2. Pemalas.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Loafer.

Bangkit selera

Maksud bahasa Melayu:

1. Menimbulkan selera/keinginan untuk makan.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Desire for food.
2. Appetite/Appetising for food.

Banting tulang/Membanting tulang

Maksud bahasa Melayu:

1. Bekerja keras bermati-matian.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Work extremely hard for something.
2. Work hard and doggedly.

Ungkapan terdekat:

1. Hammer away at something.
2. Slogged/ploughed oneself at something.

Tak dapat tanduk telinga dipulas

Maksud:

1. Orang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membalas dendam.

Tercicir harus dibaliki

Maksud:

1. Sebarang hal/kerja yang belum selesai atau sempurna hendaklah diselesaikan.

Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga

Maksud:

1. Sekiranya sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah ia secara beransur-ansur.

Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga

Maksud:

1. Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya.

Hidup kayu(pokok) berbuah, hidup manusia biar berjasa

Maksud:

1. Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat.

Jangan difikir air pasang sahaja

Maksud:

1. Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik.

Jangan berebutkan tembikar pecah

Maksud:

1. Usah berkelahi/bergaduh berebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.

Jangan bermain di air keruh

Maksud:

1. Jangan ditiru perbuatan yang buruk.

Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang

Maksud:

1. Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru.
2. Jangan berhenti kerja sebelum mendapat kerja lain.

Sudah calit, jangan palit

Maksud:

1. Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan.

Segan berkayuh, perahu hanyut

Maksud:

1. Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan.

Sambil berdiang, nasi masak

Maksud:

1. Membuat dua kerja dalam satu masa.

Mamah dulu, baru telan

Maksud:

1. Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya.

Mengais hendaklah berkuku

Maksud:

1. Sekiranya hendak mencari kerja, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran terlebih dahulu.

Mengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang

Maksud:

1. Mengambil teladan yang baik daripada pengalaman lalu ketika membuat sesuatu kerja.

Naik tangga dari bawah

Maksud:

1. Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba.

Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai

Maksud:

1. Hidup akan senang jika kita berjimat cermat.

Orang tempang jangan dicela, ingat-ingat hari belakang

Maksud:

1. Jangan mencela kesusahan yang dihadapi oleh orang lain kerana nasib diri sendiri belum diketahui keadaannya pada masa depan.

Payah-payah dilambung ombak, tercapai juga tanah tepi

Maksud:

1. Setelah beberapa lama menanggung pelbagai kesusahan/kesukaran, akhirnya tercapai juga cita-cita.

Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang

Maksud:

1. Sekiranya merantau ke negeri asing, hendaklah mencari atau melakukan sesuatu yang berguna(harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya) dan tidak membuang masa begitu sahaja.

(Nota: tembilang = alat penggali lubang)

Kusut di hujung balik ke pangkal

Maksud:

1. Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya.

Kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya

Maksud:

1. Kerja yang dimulai tidak wajar dibiarkan terbengkalai.

Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup

Maksud:

Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.

Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan

Maksud:

1. Hal yang tidak dapat kita selesaikan, janganlah kita kusutkan lagi.

Jikalau menampi(padi), jangan tumpah padinya

Maksud:

1.Berhati-hati apabila memilih sesuatu/membuat keputusan supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna.

Bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas

Maksud:

1. Biarpun bodoh/kurang bijak, namun masih mampu memilih antara hal yang baik dan hal yang buruk.

Umpan habis pancing putus, punca terlepas daripada tangan

Maksud:

1. Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.

Ungkapan terdekat:

1. Umpan habis, ikan tak kena(dapat).

Jangan lemparkan pancing tiada berumpan

Maksud:

1. Sia-sia sahaja mengharapkan sesuatu sekiranya kita gagal/tidak dapat memenuhi syarat yang diperlukan.

Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak

Maksud:

1. Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan.

Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah

Maksud:

1. Berhati-hati dalam semua perkara.

Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak

Maksud:

1. Kita hendaklah bersopan santun dan menjaga adab apabila berada di negara asing.

Bakar air hendakkan abu

Maksud:

1. Membuat sesuatu kerja yang mustahil.

Once bitten twice shy

Maksud bahasa Inggeris:

1. Once hurt, one is doubly cautious in the future.
2. When you have had an unpleasant experience you are much more careful to avoid similar experiences in the future.

Maksud bahasa Melayu:

1. Sekali terkena, selalu beringat.
2.  Orang yang pernah ditimpa/mengalami pengalaman buruk akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak berulang sekali lagi.

Ungkapan terdekat:

1. Sekali tersengat terus beringat

Laksana wau melawan angin

Maksud:

1. Perbuatan yang sia-sia.

Seperti anai-anai makan kayu

Maksud:

1. Melakukan sesuatu kerja dengan tekun dan teliti.

Seperti bertih digoreng

Maksud:

1. Bunyi tembakan yang tidak berhenti-henti.

2. Pertuturan yang sangat petah.

Seperti cicak makan kapur

Maksud:

1. Beroleh malu kerana kesalahan sendiri.

Seperti duduk dalam duri

Maksud:

1. Seseorang yang dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram.

Seperti helang menyongsong angin

Maksud:

1. Gagah dan berani apabila menentang musuh.

Seperti ikan kena tuba

Maksud:

1. Sakit atau mati beramai-ramai akibat sesuatu wabak penyakit.

Seperti kambing dengan harimau

Maksud:

1. Orang yang lemah akan berasa takut apabila berhadapan dengan orang yang kuat.

Seperti kapas dimakan api

Maksud:

1. Binasa atau musnah dengan cepat sekali.

Seperti ikan pulang ke lubuk

Maksud:

1. Orang yang balik ke tempat asalnya dan tidak mahu ke mana-mana lagi.

Seperti kaca jatuh ke batu

Maksud:

1. Perasaan sedih atau kecewa yang amat sangat.

Seperti isi dan kuku

Maksud bahasa Melayu:

1. Hubungan yang sangat erat/rapat.

2. Hubungan persahabatan yang sangat rapat.

Ungkapan terdekat:

1. Bagai lesung dengan antan.
2. Bagai dakwat dengan kertas.
3. Bagai inai dengan kuku.

Langit runtuh, bumi cair

Maksud:

1. Segala harapan sudah musnah.

Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tidak dapat dicapai

Maksud:

1. Berhajat(ingin) kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat yang rendah pun tidak ada.

Seperti langit dan bumi

Maksud:

1. Perbezaan yang banyak dan ketara.

Seperti langau diekor gajah

Maksud:

1. Selalu menurut perintah orang yang berkuasa.

Jangan merempuh sarang lebah

Maksud:

1. Bahaya jangan dicari-cari.

Ungkapan terdekat:

1. Jangan menggerak ular tidur.
2. Jangan menggegai sempada di bawah batang.

Seperti lebah; mulut membawa madu, buntut membawa sengat

Maksud:

1. Orang kaya yang murah hati tetapi sombong.
2. Perempuan yang cantik tetapi buruk perangainya.

Memperagakan duri sebatang kepada landak

Maksud:

1. Hendak melawan orang yang memiliki segala/semua kelebihan berbanding kita.

Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang!

Maksud:

1. Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

Seperti menendang landak

Maksud:

1. Orang yang menganiayai orang bawahannya yang memiliki kelebihan tertentu, dan pada akhirnya menyebabkan diri sendiri yang rugi.

2. Menganiaya orang kecil yang kemudian merosakkan kita.

Kerana cenderawasih merak emas dilepaskan

Maksud:

1. Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan.

Seperti merak mengigal di hutan

Maksud:

1. Orang yang menunjukkan kebolehan dan kepandaiannya di hadapan orang yang tidak memahami hal yang diperkatakannya.

2. Menunjukkan pengetahuan kepada orang yang bodoh.

3. Tiada faedah menunjukkan kepandaian kepada orang yang tidak menghargainya.

Ungkapan terdekat:

1. Apa gunanya merak mengigal di hutan?

(Nota: Mengigal bermaksud menegakkan dan membentang bulu ekornya)

2. Memperagakan suara kepada sipekak.

3. Memperagakan pakaian cantik kepada sibuta

Seperti pijat-pijat hendak menjadi kura-kura

Maksud:

1. Orang kecil hendak menjadi orang besar.

Ungkapan terdekat:

1. Pacat hendak menjadi ular.

Seperti pacat kenyang

Maksud:

1. Apabila habis makan di rumah orang, lalu terus pulang/pergi.

Seperti permata salah serudi

Maksud:

1. Orang bangsawan yang tidak berpengetahuan dan tidak tahu bersopan santun.





2. Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau berkelakuan buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya.


(Nota: Serudi bermaksud canai/acuan)

Ungkapan terdekat:

1. Intan salah serudinya.

Permata dibalas dengan senjata

Maksud:

1. Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

Perahu papan bermuat intan

Maksud:

1. Sesuatu yang tidak pada tempatnya.

Ungkapan terdekat:

1. Penyapu diikat sutera.
2. Permata lekat di pangkur.

Dulu permata intan, sekarang batu Belanda

Maksud:

1. Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.

Ungkapan terdekat:

1. Dulu besi, sekarang timah.
2. Dulu intan, sekarang jadi batu buatan.

Seperti permata baik tak kena ikatannya

Maksud:

1. Perempuan terpelajar yang bersuamikan lelaki yang rendah pekertinya.

Seperti pipit menelan jagung

Maksud:

1. Orang miskin yang meniru kehidupan orang besar-besar atau orang kaya, akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Seperti rumput di tepi jalan

Maksud:

1. Kehidupan yang melarat, tidak dipedulikan orang.

Seperti pungguk rindukan bulan

Maksud:

1. Merindukan seseorang yang tidak mungkin dimiliki.

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan dan diletakkan di atas tebu apabila masak pahit juga

Maksud:

1. Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasi pangkat dan kekayaan.

Seperti sampah hanyut

Maksud:

1. Orang hina yang tidak dihiraukan/dipedulikan oleh orang lain.

Bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli

Maksud:

1. Sangat padan.
2. Bersesuaian benar.

(Nota: Sakar ialah gula. Tengguli ialah air gula.)

Seperti si buta kehilangan tongkat

Maksud:

1. Orang yang bernasib malang akan bertambah susah lagi apabila ditimpa kesukaran.

Umpama ayam menetas anak itik, anaknya itu ke air juga

Maksud bahasa Melayu:

1. Perangai atau kelakuan yang diperturunkan daripada ibu bapa tidak dapat diubah.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon