Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan

Bawa hati

Maksud:

1. Merajuk(kerana kecewa, kecil hati dsb) dan pergi ke tempat lain.
2. Mencurahkan perasaan kepada orang lain.

Rasa hati

Maksud bahasa Melayu:

1. Perasaan seseorang.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Conscience.
2. Instinct.
3. Inclination.

Geli hati

Maksud:

Rasa hendak tertawa.

Putih hati

Maksud: Baik hati dan jujur.

Patah hati

Maksud: Kecewa, hilang keberanian.

Murah hati

Maksud:
Tidak kedekut, pengasih dan penyayang.

Iri hati

Maksud bahasa Melayu:

1.Perasaan dengki atau cemburu.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Envy.
2. Jelousy.
3. Green-eyed

Jauh hati

Maksud:
Tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.

Isi hati

Maksud:
1. Apa-apa hal yang terfikir.
2. Perasaan.

Buta hati

Maksud:

1.Tidak dapat/sukar menerima pengajaran orang atau ilmu yang diajarkan.Gelap fikiran.
2. Tiada perasaan kasihan.
3. Kejam.
4. Tidak berhati perut.

Berhati waja/Hati waja

Maksud:

1. Tidak mudah berasa kecewa.

Ungkapan terdekat:

1. Keras hati

Berhati batu/Hati batu

Maksud:

1. Bersifat degil.
2. Tiada perasaan kasihan.

Berbelah hati

Maksud:
1. Tidak tetap pendirian.
2. Sukar untuk membuat keputusan.

Hangat hati

Maksud: Sangat marah

Tangkai hati

Maksud:

1.Orang yang dikasihi.
2. Kekasih.

Jika ada padi, ada hampanya; jika ada hati tentu terasa

Maksud: Apabila dikritik, walaupun nama kita tidak disebut, tetapi kita terasa kritikan itu memang ditujukan kepada kita.

Ungkapan terdekat:
1. Siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati

Maksud: Budi bahasa yang baik pada seseorang penting, kerana hal itu yang dipandang orang

Ungkapan terdekat:
1. Manners make the man.

Hati hendak semua jadi

Maksud: Sekiranya ada azam hendak melakukan sesuatu, kita akan sedaya upaya mencari jalan ataupun berusaha melakukannya.

Ungkapan terdekat:
1. He who wills the end, wills the mean.
2. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Ada hati

Maksud: Ada keinginan.

Berat hati

Maksud:

1. Tidak sampai hati untuk berbuat sesuatu terhadap seseorang.
2. Enggan melakukan sesuatu(kerja).
3. Cenderung berfikiran/bersangka buruk terhadap sesuatu hal atau kejadian. Tidak sedap hati.

Ungkapan terdekat:
1. Reluctantly.
2. Unwilling.
3. With a heavy heart.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon