Honesty is the best policy

Maksud bahasa Inggeris:

1. It is always better to be honest.

Maksud bahasa Melayu:

1. Kita perlu sentiasa bersikap amanah dan jujur.

Absence makes the heart grow fonder

Maksud bahasa Inggeris:

1. When you are away from someone you love, you will love or miss them even more.

Maksud bahasa Melayu:

1. Apabila kita berjauhan dengan orang yang kita sayangi, perasaan sayang dan rindu semakin bertambah kuat.

Action speaks louder than words

Maksud bahasa Inggeris:

1. What someone does is more important than what someone says.
2. What you do is more important than what you say.

Maksud bahasa Melayu:

1. Tindakan lebih penting berbanding cakap-cakap kosong.

An apple a day keeps the doctor away

Maksud bahasa Inggeris:

1. Small preventive treatments such eating healthy foods, eating fruits and vegetables and exercises are beneficial to health and can ward off serious health problems.
2. Eating an apple a day keeps you healthy.

Maksud bahasa Melayu:

1. Dengan memakan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta melakukan senaman, badan kita akan sihat dan tidak perlu berjumpa doktor selalu.

If any

Maksud bahasa Inggeris:

1. It means if you have one.

Maksud bahasa Melayu:

1. Kalau ada pun.
2. Sekiranya ada.

Much as

Maksud bahasa Inggeris:

1. Regardless of or despite how much. 

2. Although.

Maksud bahasa Melayu :

1. Walaupun.
2. Biarpun.
3. Sungguhpun.

One good turn deserves another

Maksud bahasa Inggeris:

1. You should be helpful to someone who helps you.
2. If someone does you a favor, you should do a favor for that person in return.
3. A favor should be returned in kind,

Maksud bahasa Melayu:

1. Kebaikan atau bantuan yang diterima/diberi harus dibalas dengan kebaikan juga.

Ungkapan terdekat:

1. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.
2. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
3. Ada persembahan ada kurnia. 

Early bird gets the best worm

Maksud bahasa Inggeris:

1.  One who arrives first has the best chance for success.

Maksud bahasa Melayu:

1. Orang yang cepat atau sampai dahulu akan mendapat keuntungan atau peluang terbaik untuk berjaya.

Ungkapan terdekat:

1. Siapa cepat dia dapat.
2. The early bird cathes the worm.
3. Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.

If there is a will, there is a way

Maksud bahasa Inggeris:

1. If you truly want to do something, you will find a way to do it, in spite of obstacles.

2. A person with determination will find a way of doing something.  

3. If one really wants to do something, one can.

Maksud bahasa Melayu:

1. Jika kita berazam untuk mencapai sesuatu maksud/cita-cita, tentu kita akan berusaha bersungguh-sungguh/sedaya-upaya mencari jalannya/mencapainya.

2. Tiada yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad dan azam untuk berjaya.

Ungkapan terdekat:

1. Where there's a will, there's a way.
2. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
3. He who wills the end, wills the mean.
4. Nothing is impossible to a willing heart.
5. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
6. Hati hendak semua jadi.
7. Nothing is impossible to a willing heart. 

A rolling stone doesn't gather moss

Maksud bahasa Inggeris:

1. If a person keeps moving from place to place, he gains neither friends nor possession.

Maksud bahasa Melayu:

1. Orang yang suka berpindah dari satu tempat ke satu tempat sukar mendapat teman sejati atau mengumpul harta.

Kering tekak

Maksud bahasa Melayu:

1. Haus atau dahaga.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Thirsty.

Kering hati

Maksud:

1. Tiada perasaan belas kasihan.

Ilmu batin

Maksud:

1. Pengetahuan tentang alam ghaib dan hal-hal kejiwaan.

Ikan kering

Maksud:

1. Ikan yang dikeringkan(dengan cara menjemur di bawah matahari) dan digarami.
2. Ikan masin.

Ikan basah

Maksud:

1. Ikan yang baru ditangkap.

Ikan darat

Maksud:

1. Ikan air tawar atau ikan sungai.

Gadis sunti

Maksud:

1. Anak perempuan yang belum baligh.

Aliran masa/zaman

Maksud:

1. Perkembangan atau perubahan masa atau zaman.

Baik-baik anjing

Maksud:

1. Persahabatan yang cepat terjalin tetapi cepat pula putusnya.

Bekas kaki

Maksud:

1. Jejak yang ditinggalkan.

Anak susuan

Maksud:

1. Anak orang lain yang disusui (susu badan).

Balik kerak

Maksud:

1. Berkahwin semula dengan bekas isteri.

Cakap berisi

Maksud:

1. Percakapan yang berfaedah.

Darah jernih

Maksud:

1. Berasal daripada keluarga/keturunan bangsawan.

Fajar menyinsing

Maksud:

1. Waktu subuh di mana matahari belum terbit.

Tiada terkajang batu di pulau

Maksud:

1. Tiada terlayan kehendak orang ramai.

(Nota: Terkajang bermaksud menutup dengan bumbung yang diperbuat daripada daun pokok nipah.)

Seperti batu di pulau

Maksud:

1. Jumlah yang amat banyak.

Bagai pucuk pisang didiang

Maksud:

1. Lemah sekali, tidak berdaya.

(Nota: Diang bermaksud dipanggang atas api.)

Bagai melepaskan batuk di tangga

Maksud bahasa Melayu:

1. Membuat sesuatu kerja sambil lewa dan cuai (asalkan siap).
2. Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai atau tidak sempurna.
3. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.

Ungkapan terdekat:

1. Hangat-hangat tahi ayam.
2. Berdiang di abu angin.

Seperti kucing kehilangan anak

Maksud:

1. Hilang akal, bingung.

Seperti ikan dalam belat

Maksud:

1. Berasak-asak, sesak, terlalu penuh/ramai.

(Nota: Belat ialah sejenis sangkar untuk menangkap ikan yang diperbuat daripada buluh.)

Muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah

Maksud :

1. Sesuatu kejayaan atau matlamat dapat dicapai sekiranya semua orang dalam pasukan atau kumpulan atau masyarakat atau negara itu bersatu hati, dan mereka akan gagal jika bercerai-berai atau berpecah-belah.

2. Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat.

Ungkapan terdekat:

1. United we stand, divided we fall.
2. Bersatu teguh, bercerai roboh.
3. Bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat.
4. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Alim kucing

Maksud:

1. Orang jahat yang berpura-pura baik di hadapan orang.

Bawa ke tengah

Maksud:

1. Mengemukakan sesuatu hal/perkara kepada pihak tertentu(biasanya pihak berkuasa).

Baik sangka

Maksud:

1. Sentiasa menganggap bahawa orang lain bermaksud baik.

Akal pendek

Maksud:

1. Orang yang berfikiran sempit.

Darah tersembur

Maksud:

1. Terperanjat.

Angkat alis

Maksud:

1. Menunjukkan perasaan hairan.

Cakap berbelit

Maksud:

1. Percakapan yang mengelirukan.

Dapur tak berasap

Maksud:

1. Terlalu miskin, tiada makanan untuk dimasak.

Cucuk hidung

Maksud:

1. Mengikut sahaja kehendak orang lain.

Dua Jumaat

Maksud:

1. Tempoh dua minggu atau empat belas hari.

Harimau berantai

Maksud:

1. Orang yang paling handal dalam sesuatu pasukan atau kumpulan.
2. Orang yang memiliki kehandalan dan digeruni pihak lawan.

Hati berlian

Maksud:

1. Baik hati.

Hentam kromo

Maksud:

1.Melakukan sesuatu tanpa berfikir.

Cakap besar

Maksud:

1. Percakapan yang angkuh, menunjuk-nunjuk dan sombong.

Belanja dapur

Maksud:

1. Wang untuk membeli keperluan harian.

Akal belut

Maksud:

1. Tipu muslihat yang licik.

Angkat suara

Maksud:

1. Menguat atau meninggikan suara (biasanya kerana perasaan marah).

Licin bagai belut

Maksud:

1. Tidak mudah ditipu atau ditangkap.

Anak jati

Maksud:

1. Penduduk asal atau tempatan.

Angkat tangan

Maksud bahasa Melayu:

1. Menyerah kalah.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Surrender.

Anak panggung

Maksud:

1. Pelakon pentas bangsawan atau pelakon filem/drama.

Ayam pemikat

Maksud:

1. Seseorang yang dijadikan umpan oleh sesuatu pihak untuk kepentingan mereka.

Atas sungai

Maksud:

1. Bahagian hulu sungai atau kepala sungai, iaitu punca air sungai itu biasanya di atas bukit.

Ungkapan terdekat:

1. Hulu sungai.
2. Kepala sungai.

Bahu-membahu

Maksud:

1. Bersatu, tolong-menolong dan bekerjasama.

Berat mata

Maksud:

1. Mengantuk.

Cakap belakang

Maksud:

1. Orang yang suka mengumpat atau menceritakan keburukan orang lain.

Cucur keringat

Maksud:

1. Berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu.

Cukup makan

Maksud:

1. Cukup-cukup sahaja.
2. Tidak lebih dan tidak kurang. Lulus.
3. Merujuk kepada jumlah pendapatan atau markah peperiksaan.

Cukup bulan

Maksud:

1. Akhir bulan.
2. Sampai masa hendak bersalin/melahirkan anak.

Cukup masak

Maksud:

1. Berpengalaman.
2. Mahir.

Mendabik dada

Maksud:

1. Menunjukkan keberanian atau kebanggaan sendiri.

Lapang dada

Maksud:

1. Tidak lekas marah dan sabar.
2. Berasa senang hati, tenang dan lega.

Ungkapan terdekat:

1. Dada lapang.

Darah dingin

Maksud:

1. Orang yang penakut atau pengecut.

Darah merah

Maksud:

1. Seorang yang berani.

Di hujung lidah

Maksud:

1. Bersedia untuk menyatakan dengan lancar.
2. Hafal, fasih dan lancar.

Dingin tangan

Maksud:

1. Selalu berhasil/berjaya dalam pekerjaan.
2. Selalu berhasil/berjaya apabila menanam pokok atau berkebun.

Duduk bawah ketiak

Maksud:

1. Tidak pernah berpisah kerana terlalu sayang.

Gelapkan wang

Maksud:

1. Menghilangkan atau mencuri wang yang diamanahkan kepadanya atau wang yang bukan miliknya.

Gencatan senjata

Maksud:

1. Berhenti bertelagah atau berperang.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon