Memaparkan catatan dengan label berharga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berharga. Papar semua catatan

Ibarat melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi,masuk tidak memenuhi

Maksud:
1. Tidak berharga dalam masyarakat.
2. Tersisih dalam masyarakat.
3. Tidak membantu ataupun menolong kerana diri sendiri pun dalam kesusahan.
4. Seseorang yang dipandang ringan dalam masyarakat oleh sebab tiada berkuasa.

Nota: Melukut adalah pecahan beras yang halus-halus, hujung beras.

Laksana kera mendapat bunga.

Maksud bahasa Melayu :

1.  Tiada gunanya memberi sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.

2. Orang yang tidak tahu menghargai barang yang baik.

Ungkapan terdekat:
  1. Don't cast your pearls before swine.
  2. Bagai kera mendapat bunga.
  3. Kera dapat bunga.

Don't throw the baby out with the bath water.

Maksud : Jangan membuang sesuatu yang berguna atau berharga hanya kerana kita tergesa-gesa hendak membuang sesuatu yang tidak berguna lagi kepada kita.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon