Memaparkan catatan dengan label borek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label borek. Papar semua catatan

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya

Maksud:
1.Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke merata tempat.
2. Tidak dapat melarang seseorang daripada berkata-kata.

Seperti tempayan bocor

Maksud: Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia

Mati semut kerana gula

Maksud: Mendapat bencana kerana sesuatu yang terlalu menyenangkan

Ungkapan terdekat:
1. Mati ikan kerana umpan, mati manusia kerana budi.

Laut madu berpantaikan sakar(gula)

Maksud: Perkataan manis yang keluar daripada mulut orang yang baik paras rupanya.

Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat

Maksud:
1.Pujuk rayu yang penuh tipu muslihat.
2. Perkataan yang keras dan kasar tetapi mengandungi nasihat.

Seperti gula di dalam mulut

Maksud: Pekerjaan yang sangat mudah. Ilmu yang mudah dikuasai.

Ungkapan terdekat:
1. Easy as A,B,C.

Seperti tikus jatuh di beras

Maksud: Perasaan suka dan senang sekali kerana beroleh keuntungan ataupun rezeki.

Seperti tikus membaiki labu

Maksud: Membetulkan ataupun membaiki barang atau keadaan yang dia tiada ilmu mengenainya dan menyebabkan barang atau keadaan itu bertambah rosak ataupun buruk.

Bagai bertepuk sebelah tangan

Maksud:
1.Cinta yang tidak berbalas
2.Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya

Ungkapan terdekat:
1.Bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.
2. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Maksud : Perangai atau sifat anak yang serupa seperti ibu bapanya.

Ungkapan terdekat:
  1. An apple never falls far from its tree.
  2. Bapa borek anaknya tentu rintik.
  3. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
  4. Like father like son.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon