Memaparkan catatan dengan label egg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label egg. Papar semua catatan

Kill the goose that lays the golden eggs

Maksud bahasa Inggeris:
1.To destroy the source of your profit (in business).
2. to destroy something that makes a lot of money or the source of your wealth.

Maksud bahasa Melayu: Merosakkan punca ataupun sumber keuntungan atau kekayaan seseorang.

Tough egg to crack

Maksud bahasa Inggeris: a person or thing that is hard to figure out or hard to deal with.

Maksud bahasa Melayu : Orang yang degil, keras kepala dan cerewet. Orang yang sukar berurusan dengan mereka.Orang yang tidak berganjak dengan pendirian mereka.

Ungkapan terdekat:
1. Tough nut to crack

Walking on eggs

Maksud bahasa Inggeris: Being especially or extra careful when discussing sensitive subjects

Maksud bahasa Melayu : Berhati-hati ataupun berhemah apabila membincangkan ataupun menangani sesuatu hal yang sensitif.

A nest egg

Maksud bahasa Inggeris: An amount of money that you have saved

Maksud bahasa Melayu : Wang simpanan ataupun pelaburan untuk masa depan.

Jangan diajar itik berenang

Maksud: Jangan menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita.

Ungkapan terdekat;
1. Don't teach your grandmother to suck eggs
2. Jangan diajar anak buaya berenang.

Put all one's eggs in one basket

Maksud bahasa Inggeris:
1. To make everything dependent on only one thing; to place all one's resources in one place, account, etc.
2. To risk losing everything by putting all your efforts or all your money into one plan or one course of action
3.  To risk your money or your reputation in support of one idea or plan

Maksud bahasa Melayu:
1. Melaburkan ataupun menyimpan semua sumber kewangan(wang atau emas) yang ada dalam satu tempat sahaja. Sama ada akaun simpanan ataupun tempat simpanan fizikal(seperti peti besi). Ada risiko/kemungkinan yang semua harta itu akan hilang.
2.Meletakkan semua usaha demi mencapai satu matlamat/perancangan dan berisiko untuk gagal/rugi kesemuanya sama sekali.

A chicken and egg situation

Maksud: Situasi yang sukar bagi menentukan hal atau kes yang mana terjadi dahulu, atau penyebab sesuatu hal atau masalah berlaku. Keadaan serba salah.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon