Memaparkan catatan dengan label tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanah. Papar semua catatan

Ibu pertiwi

Maksud : Negeri sendiri.

Ungkapan terdekat:
1.Tanah tempat tumpah darah.
2.Tanah air sendiri.
3.Motherland.
4.Mother country.

Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan

Maksud: Membesar-besarkan masalah atau hal yang kecil dan remeh.

Ungkapan terdekat:
1. Don't make a mountain out of a molehill.

Seperti Belanda minta tanah

Maksud: Tidak puas dengan pemberian orang, dan mahu minta lebih banyak lagi.

Ungkapan terdekat:
1. Makin murah, makin menawar.
2. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.
3. Boleh sehasta, hendak sedepa
4. Diberi betis, hendak peha.
5. Give a man an inch, and he'll take a mile

Sekangkang kera

Maksud: Kawasan atau tanah yang sempit. Tidak luas.

Tanah mati

Maksud: Tanah yang tidak subur.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon