Memaparkan catatan dengan label way. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label way. Papar semua catatan

One way or another

Maksud: Digunakan bagi mengatakan yang sesuatu hal itu pasti akan berlaku, walaupun kita tidak mengetahui bila dan bagaimana hal itu akan berlaku.

Ungkapan terdekat:
1. Definitely going to happen
2. Somehow
3. Walau bagaimanapun
4. Walau apa cara pun
5. Apa pun/Walau apa pun

There's more than one way to skin a cat

Maksud : Ada beberapa cara atau kaedah bagi melakukan sesuatu (pekerjaan). Ada beberapa jalan bagi mencapai kejayaan.

Every which way.

Maksud 1: Kusut masai. Tidak teratur.

Maksud 2: Bertempiaran (lari). Berlari tidak tentu arah. Kacau bilau.

Maksud 3: Mencari di merata tempat.

Ungkapan terdekat:
  1. Kusut masai.
  2. Bertempiaran.
  3. In every direction.
  4. In complete disorder.
  5. Datang dari semua arah.
  6. Merata tempat.

In every way

Maksud : Dari segala segi. Dari semua sudut.

Ungkapan terdekat:
  1. Taken all round.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Maksud: Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya menyelesaikannya.

Ungkapan terdekat:
  1. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
  2. Where there is a will, there is a way.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon