Memaparkan catatan dengan label akar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akar. Papar semua catatan

Akar umbi

Maksud:
1. Akar tunjang pada pokok.
2. Asas sesuatu yang kukuh.
3. Peringkat bawahan ataupun golongan teras sesebuah komuniti, gerakan ataupun pertubuhan politik.

Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

Maksud: Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya apabila merendah diri.

Ungkapan terdekat:
  1. Tidak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar.

Tiada rotan akar berguna.

Maksud 1: Sekiranya tiada yang terbaik, yang kurang baik pun berguna juga.

Maksud 2: Sekiranya benda atau sesuatu yang kita inginkan itu tiada atau tidak dapat diperoleh, maka terima sahaja apa yang ada dengan rasa syukur, meskipun ia bukan seperti yang kita kehendaki.

Maksud 3: Sementara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik pun dapat diguna dahulu.

Ungkapan terdekat:
  1. When all fruit fails, welcome haws.
  2. Make the best of it.
  3. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon