Memaparkan catatan dengan label fruit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fruit. Papar semua catatan

Tiada rotan akar berguna.

Maksud 1: Sekiranya tiada yang terbaik, yang kurang baik pun berguna juga.

Maksud 2: Sekiranya benda atau sesuatu yang kita inginkan itu tiada atau tidak dapat diperoleh, maka terima sahaja apa yang ada dengan rasa syukur, meskipun ia bukan seperti yang kita kehendaki.

Maksud 3: Sementara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik pun dapat diguna dahulu.

Ungkapan terdekat:
  1. When all fruit fails, welcome haws.
  2. Make the best of it.
  3. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.

Sekira tidak dipecahkan ruyung, bagaimana hendak mendapatkan sagunya.

Maksud :

1.Sekiranya mahukan sesuatu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapainya atau mendapatkannya.

(Nota: Ruyung ialah lapisan kulit pokok jenis palma(seperti enau/rumbia) yang kuat dan keras. Sagu ialah isi batang yang terdapat dalam pokok rumbia itu.)

Ungkapan terdekat:
  1. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
  2. No pain, no gain
  3. He that would eat the kernel must crack the nut.
  4. He that would eat the fruit must climb the tree.

A tree is known by its fruits.

Maksud : Perbuatan atau seseorang itu dinilai daripada hasil ciptaan atau karyanya.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon