Memaparkan catatan dengan label best. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label best. Papar semua catatan

Ace

Maksud bahasa Inggeris:
1. Best.
2. Top-rated
3. To pass a test easily, with an A grade

Maksud bahasa Melayu:
1.Handal,terbaik.
2. Jaguh
3. Juara.
4. Lulus ujian dengan cemerlang(A).

Be-all and end-all

Maksud bahasa Inggeris:
1. Something that is the very best or most important
2. Something so good that it will end the search for something better.

Maksud bahasa Melayu:
1. Sesuatu hal/perkara yang terbaik.
2. Sesuatu hal/perkara/benda itu adalah yang terbaik maka tidak perlu mencari yang lebih baik lagi.

Best man

Maksud: Pengapit lelaki bagi pengantin lelaki.

Tiada rotan akar berguna.

Maksud 1: Sekiranya tiada yang terbaik, yang kurang baik pun berguna juga.

Maksud 2: Sekiranya benda atau sesuatu yang kita inginkan itu tiada atau tidak dapat diperoleh, maka terima sahaja apa yang ada dengan rasa syukur, meskipun ia bukan seperti yang kita kehendaki.

Maksud 3: Sementara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik pun dapat diguna dahulu.

Ungkapan terdekat:
  1. When all fruit fails, welcome haws.
  2. Make the best of it.
  3. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.

All the best.

Maksud: ucapan selamat berjaya. Semoga semua selamat. Semoga semua berjalan dengan baik. Ucap selamat dalam pengakhiran surat atau kad ucapan.

Ungkapan terdekat:

  1. Good luck.
  2. Selamat berjaya.

Hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri.

Maksud: Walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.

Ungkapan terdekat:
  1. East or west, home is best.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon