Memaparkan catatan dengan label end. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label end. Papar semua catatan

A dead end

Maksud bahasa Inggeris:
1. A dead end is a road which is closed at one end and does not lead anywhere.
2. A situation in which no progress can be made.

Maksud bahasa Melayu:
1. Jalan mati.
2. Keadaan sesuatu hal/projek/perkara yang tidak ada kemajuan ataupun tidak membawa ke mana-mana.
3. Jalan buntu
4. Tiada harapan.


Ungkapan terdekat:
Cul-de-sac

The end justifies the means

Maksud bahasa Inggeris:
A good outcome that excuses/justifies any wrongs(illegal/immoral) committed to attain it.

Maksud bahasa Melayu:
Menghalalkan tindakan yang salah di sisi undang-undang/agama ataupun tidak bermoral yang memberikan hasil/keputusan yang murni/baik. 

Ungkapan terdekat:
Matlamat menghalalkan cara.

A means to an end

Maksud bahasa Inggeris:
1. Something is being done to achieve something else.
2. Doing something you are not interested(or do not like), in order to achieve/get something else in returns.

Maksud bahasa Melayu:
Melakukan sesuatu hal sama ada disukai ataupun tidak bagi mendapatkan hasil yang dimahukan.

Hati hendak semua jadi

Maksud: Sekiranya ada azam hendak melakukan sesuatu, kita akan sedaya upaya mencari jalan ataupun berusaha melakukannya.

Ungkapan terdekat:
1. He who wills the end, wills the mean.
2. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon