Memaparkan catatan dengan label mati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mati. Papar semua catatan

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

Maksud:
1. Menghadapi masalah yang sulit.
2. Berada dalam situasi ataupun keadaan serba salah.

A dead end

Maksud bahasa Inggeris:
1. A dead end is a road which is closed at one end and does not lead anywhere.
2. A situation in which no progress can be made.

Maksud bahasa Melayu:
1. Jalan mati.
2. Keadaan sesuatu hal/projek/perkara yang tidak ada kemajuan ataupun tidak membawa ke mana-mana.
3. Jalan buntu
4. Tiada harapan.


Ungkapan terdekat:
Cul-de-sac

Bersukat darah, bertimbang daging

Maksud: Melawan ataupun berjuang sampai mati.

Harga mati

Maksud: Harga barang yang tidak dapat ditawar lagi.Harga tetap.

Ungkapan terdekat:
1. Fixed price.
2. Set price.

Tidur mati

Maksud: Tidur yang sangat lena ataupun nyenyak.

Ungkapan terdekat:
1. Sleep like a log.
2. A heavy sleeper.
3. Fast asleep.

Gajah mati, tulang setimbun

Maksud: Orang kaya yang mati banyak meninggalkan harta.

Biar putih tulang jangan putih mata

Maksud: Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.

Ungapan terdekat:
1.Better death than dishonour.
2. Better to die with honour than to live with shame.

Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan

Maksud:
1. Menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya)
2. Hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

Mati semut kerana gula

Maksud: Mendapat bencana kerana sesuatu yang terlalu menyenangkan

Ungkapan terdekat:
1. Mati ikan kerana umpan, mati manusia kerana budi.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta

Maksud: Orang yang mengikut hawa nafsunya akan mendapat akibat yang buruk akhirnya.

Bunga gugur, putik pun gugur

Maksud: Apabila ajal sudah tiba, tidak kira usia muda ataupun tua seseorang itu akan mati juga.

Tanah mati

Maksud: Tanah yang tidak subur.

Pijak semut pun, semut tidak mati.

Maksud: Orang yang bijak menipu orang lain atau orang yang kelihatan baik tetapi sebenarnya berkelakuan buruk.

Ungkapan terdekat maksudnya:
  1. Butter wouldn't melt in his mouth.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon