Memaparkan catatan dengan label masalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masalah. Papar semua catatan

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

Maksud:
1. Menghadapi masalah yang sulit.
2. Berada dalam situasi ataupun keadaan serba salah.

Take the bull by the horns

Maksud bahasa Inggeris:
1. To confront a problem head-on and deal with it openly.
2. To do something difficult in a determined and confident way.
3. To forcefully attack a difficult situation.

Maksud bahasa Melayu:
1. Berdepan dengan masalah secara langsung dan cuba menanganinya dengan cara yang terbuka.
2. Cuba mengawal dan menyelesaikan masalah sendirian.

Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan

Maksud: Membesar-besarkan masalah atau hal yang kecil dan remeh.

Ungkapan terdekat:
1. Don't make a mountain out of a molehill.

Sarang tebuan jangan dijolok

Maksud: Jangan mencari susah dengan mengganggu orang atau sesuatu yang dapat mencetuskan masalah

Ungkapan terdekat:
1. Let sleeping dogs lie.
2. Jangan menggerak ular tidur.
3. Anak badak jangan dihambat-hambat.

Buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayang

Maksud: Berada dalam dilemma kerana terpaksa membuat dua pilihan, dan kedua-dua pilihan itu tetap akan mendatangkan masalah.

Ungkapan terdekat:
1.You'll be damned if you do and damned if you don't.
2. Kuda tua disuruh bekerja tidak boleh, nak dibunuh sayang.

Curiosity killed the cat

Maksud 1: Perasaan ingin tahu yang membawa masalah kepada diri seseorang.

Maksud 2 : Amaran kepada seseorang supaya tidak bertanya banyak soalan berkenaan sesuatu hal.

Add fuel to the fire

Maksud: Berkata atau melakukan sesuatu yang menyebabkan masalah menjadi semakin teruk atau parah. Menyebabkan orang yang sedang marah bertambah marah. Menyebabkan masalah yang sedia ada semakin parah.

Ungkapan terdekat:
  1. Rub salt in the wound.

Take the bull by the horns.

Maksud : Orang yang berani berdepan dengan masalah atau cabaran yang sukar.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon