Memaparkan catatan dengan label cat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cat. Papar semua catatan

To grin like a Cheshire cat

Maksud bahasa Inggeris:
Smile broadly in a self satisfied way.

Maksud bahasa Melayu:
Tersenyum lebar kerana gembira atau suka akan sesuatu.

Fight like cat and dog

Maksud bahasa Inggeris:
To argue violently all the time.

Maksud bahasa Melayu:
1. Sentiasa bergaduh.
2. Seperti anjing dengan kucing.

Sekali tersengat terus beringat

Maksud: Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak berulang sekali lagi

Ungkapan terdekat:
1. Once bitten, twice shy.
2. Once burned, twice shy.
3. Birds once snared, feared all bushes.
4. A scalded cat fears hot water.

Copy-cat

Maksud : Peniru. Cetak rompak.

Put the cat among the pigeons

Maksud : Menimbulkan kekecohan. Berkata sesuatu yang menyebabkan orang ramai marah dan kecoh.

Like a scalded cat

Maksud : Berlari dengan pantas.

Ungkapan terdekat:
  1. Seperti lipas kudung

Curiosity killed the cat

Maksud 1: Perasaan ingin tahu yang membawa masalah kepada diri seseorang.

Maksud 2 : Amaran kepada seseorang supaya tidak bertanya banyak soalan berkenaan sesuatu hal.

Let the cat out of the bag

Maksud : Mendedahkan atau membocorkan rahsia atau sesuatu kejutan secara tidak sengaja.

Play cat and mouse

Maksud : Mempermainkan seseorang.

Fight like cat and dog

Maksud : Suka berkelahi, bergaduh, bertengkar, bertekak.

There's more than one way to skin a cat

Maksud : Ada beberapa cara atau kaedah bagi melakukan sesuatu (pekerjaan). Ada beberapa jalan bagi mencapai kejayaan.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon