Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

Wet behind the ears

Maksud bahasa Inggeris :
Young, inexperienced, immature

Maksud bahasa Melayu :
1. Masih muda, tiada pengalaman, belum matang.
2. Masih berhingus.

Sekali tersengat terus beringat

Maksud: Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak berulang sekali lagi

Ungkapan terdekat:
1. Once bitten, twice shy.
2. Once burned, twice shy.
3. Birds once snared, feared all bushes.
4. A scalded cat fears hot water.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Maksud 1: Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Maksud 2: Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita.

Maksud 3: Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak mampu tangani atau hadapi.

Ungkapan terdekat:
  1. Don't bite off more than you can chew.
  2. Don't get into deep water until you learn how to swim.
  3. Berapa panjang lunjur, begitu panjang selimut.
  4. Kail sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhayut.

A baptism of fire

Maksud: Pengalaman pertama yang sukar.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon