Memaparkan catatan dengan label fire. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fire. Papar semua catatan

Add fuel to the fire

Maksud: Berkata atau melakukan sesuatu yang menyebabkan masalah menjadi semakin teruk atau parah. Menyebabkan orang yang sedang marah bertambah marah. Menyebabkan masalah yang sedia ada semakin parah.

Ungkapan terdekat:
  1. Rub salt in the wound.

A baptism of fire

Maksud: Pengalaman pertama yang sukar.

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang

Maksud:

1.Khabar angin yang didengar tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, kerana jika tidak, masakan orang bercakap mengenainya.

2. Sekiranya perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata mengenai hal itu.

Ungkapan terdekat:
  1. Kalau tiada api, masakan tiada asap.
  2. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
  3. Hujan berpohon, panas berasal.
  4. There's no smoke without fire.
  5. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang.

Don't jump from the frying pan into the fire

Maksud : Setelah terlepas daripada satu bahaya atau kesusahan atau kemalangan, jangan pula terjebak ke dalam bahaya atau kesusahan atau kemalangan lain. Ditimpa satu demi satu bencana.

Ungkapan terdekat:
  1. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.
  2. Sudah jatuh ditimpa tangga.
  3. Dari lecah lari ke duri.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon