Memaparkan catatan dengan label panas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panas. Papar semua catatan

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup

Maksud: Senang dan susah dalam hidup adalah satu perkara biasa ataupun lumrah hidup.

Ungkapan terdekat:
1. Into every life, a little rain must fall.
2. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut sentiasa.

Tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan

Maksud bahasa Melayu:

1. Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh atau tidak ketinggalan zaman, tidak dimakan oleh masa.

Ungkapan terdekat:

1. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari

Maksud : Disangka hidup ini baik atau mulia atau senang selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa bahaya atau jatuh melarat.

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang

Maksud:

1.Khabar angin yang didengar tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, kerana jika tidak, masakan orang bercakap mengenainya.

2. Sekiranya perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata mengenai hal itu.

Ungkapan terdekat:
  1. Kalau tiada api, masakan tiada asap.
  2. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
  3. Hujan berpohon, panas berasal.
  4. There's no smoke without fire.
  5. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon