Memaparkan catatan dengan label tumbuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tumbuh. Papar semua catatan

Bagai kerakap tumbuh di atas batu

Maksud: Hidup dalam kemelaratan.
Nota: Karakap adalah tumbuhan sejenis sirih.

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh

Maksud: Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud:

Jumlah yang terlalu banyak dalam sesuatu masa, biasanya merujuk kepada benda.

Basah kuyup bermandi peluh, tanam padi lalang yang tumbuh

Maksud: Berpenat lelah membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak mendapat hasil yang diharapkan atau hasilnya sia-sia sahaja.

Tanam padi tumbuh lalang, ayam ditambat disambar helang

Maksud: Nasib yang malang.

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang

Maksud:

1.Khabar angin yang didengar tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, kerana jika tidak, masakan orang bercakap mengenainya.

2. Sekiranya perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata mengenai hal itu.

Ungkapan terdekat:
  1. Kalau tiada api, masakan tiada asap.
  2. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
  3. Hujan berpohon, panas berasal.
  4. There's no smoke without fire.
  5. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon