Memaparkan catatan dengan label tangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tangan. Papar semua catatan

Ringan tangan

Maksud:
1. Suka menolong orang.
2. Membuat kerja dengan pantas.

Bekas tangan

Maksud: Hasil kerja tangan seseorang

Campur tangan

Maksud: Turut serta dalam urusan orang lain.

Have green thumb

Maksud bahasa Inggeris:
1. An exceptional skill for gardening or for growing plants successfully.



Maksud bahasa Melayu:
1. Suka bercucuk tanam
2. Tangan dingin.

Ungkapan terdekat:
1.Green fingers.

Menerima panjang tangan, menghulur sekali belum

Maksud: Orang yang mahu menerima sahaja, tetapi tidak mahu memberi

Cepat tangan

Maksud:

Suka mencuri.

Ungkapan terdekat:
1.Panjang tangan.

Dalam tangan

Maksud: Sesuatu dalam milikan ataupun kekuasaan seseorang. Sudah tentu dapat.

Ungkapan terdekat:
1. In someone's hands(fate).
2. Dalam genggaman.

Tangan kosong

Maksud:
1.Tidak membawa ataupun mendapat apa-apa.
2.Hampa.
3. Tidak berhasil.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud: Segala-gala yang dikehendaki ataupun diperlukan sudah diperoleh. Semua sudah siap-sedia.

Bagai bertepuk sebelah tangan

Maksud:
1.Cinta yang tidak berbalas
2.Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya

Ungkapan terdekat:
1.Bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.
2. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Hajat dihati hendak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai

Maksud: Kehendak hati terlalu besar sehingga tidak berupaya untuk mencapainya.

Hampa tangan

Maksud: Tidak mendapat apa-apa hasil.

Buah tangan

Maksud: Hadiah atau barang yang dibawa pulang sebagai hadiah kepada kaum keluarga daripada perjalanan atau lawatan ke suatu tempat yang jauh. Hadiah yang dibawa apabila menziarah orang sakit atau saudara-mara atau sahabat handai.

Ungkapan terdekat:
  1. Oleh-oleh.
  2. Bingkisan.
  3. Cenderamata.
  4. Hadiah.
  5. Barang kiriman.
  6. Gift.
  7. Present.

Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan

Maksud: Jangan melepaskan sesuatu yang ada di tangan (dimiliki) demi mengejar sesuatu yang lebih baik, kerana kita belum pasti hal atau benda yang kita kejar itu akan berjaya dimiliki.

Ungkapan terdekat:
  1. Yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran.
  2. A bird in the hand is worth two in the bush.

Sleight of hands

Maksud: Silap mata yang melibatkan gerakan tangan yang pantas dan lincah.

Panjang tangan.

Maksud: Orang yang suka mencuri.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon