Memaparkan catatan dengan label bunyi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bunyi. Papar semua catatan

Seperti bunyi gong pecah

Maksud:
Suara yang tidak sedap didengar

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya

Maksud:
1. Bagaimana perintah(arahan), begitu yang dituruti.
2. Bagaimana aksi begitulah reaksinya.

Bagai bunyi siamang kenyang

Maksud:
Orang yang banyak cakap, bercakap besar kerana mendapat kesenangan.

Bagai bertepuk sebelah tangan

Maksud:
1.Cinta yang tidak berbalas
2.Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya

Ungkapan terdekat:
1.Bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.
2. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Ibarat daun terap, bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah

Maksud: Orang yang bodoh/kurang cerdik banyak bualnya/cakap.

Ungkapan terdekat:
1.Besar bungkus tak berisi.
2. Tong kosong bunyi nyaring.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon