Memaparkan catatan dengan label spm2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label spm2011. Papar semua catatan

Bagai pinang dibelah dua

Maksud:
1. Serupa benar.
2. Pasangan yang sepadan.

Ungkapan terdekat:
1. Seperti peluru dua setuangan.

Bagai bertepuk sebelah tangan

Maksud:
1.Cinta yang tidak berbalas
2.Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya

Ungkapan terdekat:
1.Bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.
2. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Belut pulang ke lumpur.

Maksud: Orang merantau pulang ke tempat asalnya.

Ungkapan terdekat:
1. Haruan pulang ke lubuk
2. Misai pulang ke bibir.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon