Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Jatuh hati

Maksud: Menaruh kasih pada seseorang. Jatuh cinta. Berkenan.

Ungkapan terdekat:
1. Fall in love with.
2. Have a crush on

Bagai bertepuk sebelah tangan

Maksud:
1.Cinta yang tidak berbalas
2.Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya

Ungkapan terdekat:
1.Bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.
2. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Cinta itu buta

Maksud: Cinta yang membatasi kewarasan akal atau menurut hawa nafsu sehingga tidak nampak keburukan atau tidak mahu mengakui keburukan orang yang dikasihi itu.

Ungkapan terdekat:
1. Love is blind

Sepuluh bintang bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu.

Maksud: Seorang kekasih yang tidak dapat diganti dengan orang lain, walaupun ada ramai orang calon lain yang ada.

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Maksud : Cinta yang lepas dapat dicari penggantinya.

Ungkapan terdekat:
  1. There are plenty of other fish in the sea.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon