Memaparkan catatan dengan label fish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fish. Papar semua catatan

Menangguk di air keruh

Maksud: Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan, kekalutan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

Ungkapan terdekat:
  1. Menahan lukah di pergentingan.
  2. To fish in troubled waters.

A big fish in a small pond.

Maksud 1: Orang penting atau berpengaruh yang berada dalam kawasan yang kecil.
Maksud 2: Orang yang berkelulusan tinggi bekerja dalam syarikat yang kecil.
Maksud 3: Syarikat besar yang menguasai pasaran yang kecil.

Ungkapan terdekat: 
  1. Big frog in a little pond.

Have other fish to fry.

Maksud: Ada hal lain yang lebih penting atau lebih menarik.

Jangan membuka pekung di dalam dada.

Maksud: Jangan menceritakan keaiban diri-sendiri atau ahli keluarga kepada orang lain.

Ungkapan terdekat:
  1. Don't cry stinking fish.
  2. Menepuk air di atas dulang.

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Maksud : Cinta yang lepas dapat dicari penggantinya.

Ungkapan terdekat:
  1. There are plenty of other fish in the sea.

Seperti rusa masuk kampung

Maksud : Tercengang-cengang kehairanan

Ungkapan terdekat:

  1. Like a fish out of water.
  2. Bagai kerbau terkejut oleh gong.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon