Memaparkan catatan dengan label air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air. Papar semua catatan

Air digenggam tidak tiris

Maksud:

Orang yang kedekut atau terlalu berjimat cermat apabila berbelanja.

Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

Maksud: Kata-kata yang lemah lembut sahaja yang dapat meredakan kemarahan seseorang.

Ibu pertiwi

Maksud : Negeri sendiri.

Ungkapan terdekat:
1.Tanah tempat tumpah darah.
2.Tanah air sendiri.
3.Motherland.
4.Mother country.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud: Segala-gala yang dikehendaki ataupun diperlukan sudah diperoleh. Semua sudah siap-sedia.

Tidak sama air hujan dengan air telaga

Maksud: Orang bangsawan dan orang biasa tidak sama darjatnya.

Dari telaga yang keruh, tidak akan mengalir air yang jenih

Maksud: Daripada tabiat yang jahat, tidak akan lahir budi bahasa yang baik.

Air beriak tanda tak dalam

Maksud: Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan

Maksud:
1. Menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya)
2. Hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

Pucuk dicita ulam mendatang(tiba)

Maksud: Memperolehi sesuatu melebihi daripada yang dikehendaki.

Ungkapan terdekat:
1. Hendak ulam, pucuk menjulai.
2. Hendak air pancuran terbit.

Bagai minyak dengan air, tidak akan bercampur

Maksud: Orang yang bermusuhan ataupun tidak sehaluan yang tidak mungkin dapat disatukan.

Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina

Maksud: Orang yang bijak meneka sesuatu maksud ataupun tujuan perkataan ataupun perbuatan orang lain.

Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam

Maksud: Sangat sedih sehingga tidak enak makan dan minum.

Ungkapan terdekat:
1.Tidur tak lelap, makan tak kenyang

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam

Maksud: Orang yang tidak pandai(bodoh) sekiranya belajar bersungguh-sungguh, nescaya menjadi pandai juga.

Ungkapan terdekat:
1.Lekuk batu dititik air selalu.
2. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.

Batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya

Maksud: Orang yang keras hati dapat dipujuk dengan kata-kata yang lemah lembut

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal

Maksud: Memperoleh hal atau perkara yang diingini.

Ungkapan terdekat:
1. Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.

Bagai minyak dengan air

Maksud: Orang bermusuhan atau tidak sehaluan, mustahil dapat disatukan.

Air muka

Maksud bahasa Melayu:
1. Rupa atau wajah yang membayangkan sesuatu.
2. Maruah atau harga diri.

Maksud bahasa Inggeris:
1. Personal honor.
2. Dignity.
3. Expression(facial).

Bagai mencurah air ke daun keladi

Maksud bahasa Melayu:

1.Pesanan atau nasihat atau pengajaran yang tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar.

2. Nasihat atau pelajaran yang tidak masuk dalam ingatan.

Ungkapan terdekat:
1.Mencurah garam ke laut.
2. Masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri.
3. Longgar sendat, lapang bertukul.

Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan

Maksud: Membesar-besarkan masalah atau hal yang kecil dan remeh.

Ungkapan terdekat:
1. Don't make a mountain out of a molehill.

Menangguk di air keruh

Maksud: Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan, kekalutan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

Ungkapan terdekat:
  1. Menahan lukah di pergentingan.
  2. To fish in troubled waters.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon