Memaparkan catatan dengan label nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi. Papar semua catatan

Bernasi di balik kerak

Maksud:
Masih ada sesuatu yang belum selesai.

Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam

Maksud: Sangat sedih sehingga tidak enak makan dan minum.

Ungkapan terdekat:
1.Tidur tak lelap, makan tak kenyang

Membesarkan kerak nasi

Maksud: Menambah-nambah yang tidak perlu, atau membuat pekerjaan yang membazir

Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang

Maksud: Kerja yang dilakukan bersama-sama, tetapi keuntungan dibolot oleh seorang sahaja.

Nasi tak dingin, pinggan tak retak

Maksud: Cermat atau teliti melakukan sesuatu pekerjaan

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal

Maksud: Memperoleh hal atau perkara yang diingini.

Ungkapan terdekat:
1. Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.

Nasi sudah menjadi bubur

Maksud bahasa Melayu:

Tiada gunanya menyesal ke atas perkara buruk yang sudah berlaku.

Ungkapan terdekat maksudnya:
  1. No use crying over spilt/spilled milk
  2. Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Maksud : Perangai atau sifat anak yang serupa seperti ibu bapanya.

Ungkapan terdekat:
  1. An apple never falls far from its tree.
  2. Bapa borek anaknya tentu rintik.
  3. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
  4. Like father like son.

Sambil menyelam minum air.

Maksud : Mencapai dua matlamat sekaligus sambil melakukan satu tindakan.

Ungkapan terdekat:

  1. Kill two birds with one stone.
  2. Sambil berdiang masak nasi.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon