Memaparkan catatan dengan label masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masak. Papar semua catatan

Buah masak merah, belum tentu manis rasanya

Maksud: Orang yang baik rupa parasnya belum tentu perangainya juga baik.

Ada gula, ada semut

Maksud: Ada banyak orang berkumpul atau datang ke tempat yang mudah mendapat rezeki.

Ungkapan terdekat:
1. Ada padi masak, adalah pipit.

Tiada rotan akar berguna.

Maksud 1: Sekiranya tiada yang terbaik, yang kurang baik pun berguna juga.

Maksud 2: Sekiranya benda atau sesuatu yang kita inginkan itu tiada atau tidak dapat diperoleh, maka terima sahaja apa yang ada dengan rasa syukur, meskipun ia bukan seperti yang kita kehendaki.

Maksud 3: Sementara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik pun dapat diguna dahulu.

Ungkapan terdekat:
  1. When all fruit fails, welcome haws.
  2. Make the best of it.
  3. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.

Sambil menyelam minum air.

Maksud : Mencapai dua matlamat sekaligus sambil melakukan satu tindakan.

Ungkapan terdekat:

  1. Kill two birds with one stone.
  2. Sambil berdiang masak nasi.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon