Memaparkan catatan dengan label make. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label make. Papar semua catatan

Make a point of

Maksud bahasa Melayu: Memastikan supaya sesuatu hal itu dilakukan.

Maksud bahasa Inggeris: To consider or treat something(an action or activity) as indispensable(important).

Make a difference

Maksud : Memberi kesan yang penting/besar (baik) ke atas seseorang atau sesuatu perkara atau hal.

Tiada rotan akar berguna.

Maksud 1: Sekiranya tiada yang terbaik, yang kurang baik pun berguna juga.

Maksud 2: Sekiranya benda atau sesuatu yang kita inginkan itu tiada atau tidak dapat diperoleh, maka terima sahaja apa yang ada dengan rasa syukur, meskipun ia bukan seperti yang kita kehendaki.

Maksud 3: Sementara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik pun dapat diguna dahulu.

Ungkapan terdekat:
  1. When all fruit fails, welcome haws.
  2. Make the best of it.
  3. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.

Make no bones (mistake) about it!

Maksud 1: Tidak ragu-ragu akan sesuatu tindakan atau hal.
Maksud 2: Bercakap dengan yakin berkenaan sesuatu hal.
Maksud 3: Tidak khuatir atau takut akan sesuatu hal.
Maksud 4: Berterus terang berkenaan sesuatu hal.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon