Memaparkan catatan dengan label baik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baik. Papar semua catatan

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Maksud: Melupakan hal yang tidak baik, dan mengingati hal yang baik sahaja.

Benih yang baik jika jatuh ke laut akan jadi pulau

Maksud:
1. Orang yang berketurunan baik, ke mana pergi akan baik juga akhirnya.
2. Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan baik juga.

Buah masak merah, belum tentu manis rasanya

Maksud: Orang yang baik rupa parasnya belum tentu perangainya juga baik.

Dari telaga yang keruh, tidak akan mengalir air yang jenih

Maksud: Daripada tabiat yang jahat, tidak akan lahir budi bahasa yang baik.

Umpama minyak setitik, di laut sekalipun akan timbul juga

Maksud: Orang yang baik, di mana sekalipun akan dimuliakan juga.

Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

Maksud: Walaupun seseorang itu pergi merantau atau berdagang ke tempat yang jauh, yang lebih indah, lebih maju dan lebih baik, namun akhirnya dia akan kembali juga ke tanahair sendiri.

Lebih baik mutiara sebutir, daripada pasir sepantai

Maksud: Adalah lebih baik mempunyai seorang sahabat daripada kalangan orang baik daripada mempunyai ramai sahabat daripada kalangan orang jahat.

Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang

Maksud: Apabila sudah mendapat sesuatu yang lebih baik, benda yang lama atau kurang baik dibuang.

Ungkapan terdekat:
1. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

Make a difference

Maksud : Memberi kesan yang penting/besar (baik) ke atas seseorang atau sesuatu perkara atau hal.

Dalam musibah ada manfaat.

Maksud: Ada rahmat dan kebaikan pada setiap kejadian malang yang menimpa.

Ungkapan terdekat:
  1. Every cloud has a silver lining.
  2. Dalam musibah ada rahmat.
  3. Dalam buruk ada baiknya.

Musang berbulu ayam

Maksud: Orang yang kelihatan baik di luar tetapi ada niat jahat di dalam hatinya.

Ungkapan terdekat:
  1. A wolf in sheep's clothing.
  2. Ular berlingkar di dalam gulungan tikar.

Pijak semut pun, semut tidak mati.

Maksud: Orang yang bijak menipu orang lain atau orang yang kelihatan baik tetapi sebenarnya berkelakuan buruk.

Ungkapan terdekat maksudnya:
  1. Butter wouldn't melt in his mouth.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon