Memaparkan catatan dengan label maju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maju. Papar semua catatan

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut

Maksud:
1.Orang yang malas berusaha tidak akan maju ataupun berjaya.
2. Sekiranya tidak mengetahui ataupun pasti akan sesuatu hal maka kita hendaklah bertanya orang yang lain(yang lebih arif).

Ungkapan terdekat:
Segan berkayuh, perahu hanyut.

Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

Maksud: Walaupun seseorang itu pergi merantau atau berdagang ke tempat yang jauh, yang lebih indah, lebih maju dan lebih baik, namun akhirnya dia akan kembali juga ke tanahair sendiri.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon