Memaparkan catatan dengan label perahu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perahu. Papar semua catatan

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud: Segala-gala yang dikehendaki ataupun diperlukan sudah diperoleh. Semua sudah siap-sedia.

Patah kemudi, perahu hanyut.

Maksud: Rakyat yang kehilangan pemimpin akan menjadi kucar-kacir.

Kemudi patah, perahu tembuk.

Maksud: Malang yang datang bertimpa-timpa.

Ungkapan terdekat:
1. Sudah jatuh ditimpa tangga.
2. Misfortunes never comes singly.

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut

Maksud:
1.Orang yang malas berusaha tidak akan maju ataupun berjaya.
2. Sekiranya tidak mengetahui ataupun pasti akan sesuatu hal maka kita hendaklah bertanya orang yang lain(yang lebih arif).

Ungkapan terdekat:
Segan berkayuh, perahu hanyut.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Maksud: Berhati-hati apabila berkata-kata ataupun menyatakan sesuatu kerana kata-kata yang sudah terkeluar sukar ditarik balik dan memberi kesan yang mendalam ataupun melukakan hati orang lain.

Ungkapan terdekat:
1. A word and stone let go cannot be called back.
2. A word spoken is past recalling.
3. Words have wings and cannot be recalled.
 

Biduk lalu, kiambang bertaut

Maksud bahasa Melayu:

1.Perselisihan faham antara dua pihak(biasanya saudara-mara) yang akhirnya berbaik semula.
2. Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang menjadi pengancam atau penghasut dapat disingkirkan.

Ungkapan terdekat:
  1. Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.
  2. Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon