Memaparkan catatan dengan label jatuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jatuh. Papar semua catatan

Benih yang baik jika jatuh ke laut akan jadi pulau

Maksud:
1. Orang yang berketurunan baik, ke mana pergi akan baik juga akhirnya.
2. Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan baik juga.

Jatuh hati

Maksud: Menaruh kasih pada seseorang. Jatuh cinta. Berkenan.

Ungkapan terdekat:
1. Fall in love with.
2. Have a crush on

Kemudi patah, perahu tembuk.

Maksud: Malang yang datang bertimpa-timpa.

Ungkapan terdekat:
1. Sudah jatuh ditimpa tangga.
2. Misfortunes never comes singly.

Seperti hujan jatuh ke pasir

Maksud:
1. Nasihat yang tidak dihargai.
2. Pekerjaan yang sia-sia.

Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal(terjatuh) juga

Maksud:
1.Sepandai-pandai orang, ada kalanya tersilap juga
2. Sebijak-bijak penipu, akhirnya terperangkap juga.
3. Sejahat-jahat pencuri, akhirnya tertangkap juga.

Naik seperti semut, turun seperti ribut

Maksud: Hendak mencapai kejayaan selalunya sukar dan lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali atau sekejap sahaja.

Ungkapan terdekat:
1.Naik membilang anak tangga, turun selanhkah jejaklah ke bumi

Seperti tikus jatuh di beras

Maksud: Perasaan suka dan senang sekali kerana beroleh keuntungan ataupun rezeki.

Bulan jatuh ke riba


Maksud:

1.Mendapat untung atau rezeki besar.

Ungkapan terdekat:

1.Durian runtuh
2. Bagai bulan jatuh ke riba

Don't jump from the frying pan into the fire

Maksud : Setelah terlepas daripada satu bahaya atau kesusahan atau kemalangan, jangan pula terjebak ke dalam bahaya atau kesusahan atau kemalangan lain. Ditimpa satu demi satu bencana.

Ungkapan terdekat:
  1. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.
  2. Sudah jatuh ditimpa tangga.
  3. Dari lecah lari ke duri.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon