Memaparkan catatan dengan label semut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semut. Papar semua catatan

Bagai semut penghimpun melukut

Maksud:
Orang yang rajin bekerja.

Datang seperti ribut, pergi seperti semut

Maksud: Perihal menghidap sesuatu penyakit. Penyakit mudah dijangkiti atau dihidapi tetapi sukar atau lambat sembuh.

Ungkapan terdekat:
1. Datang tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah hemat kita diangkut

Naik seperti semut, turun seperti ribut

Maksud: Hendak mencapai kejayaan selalunya sukar dan lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali atau sekejap sahaja.

Ungkapan terdekat:
1.Naik membilang anak tangga, turun selanhkah jejaklah ke bumi

Mati semut kerana gula

Maksud: Mendapat bencana kerana sesuatu yang terlalu menyenangkan

Ungkapan terdekat:
1. Mati ikan kerana umpan, mati manusia kerana budi.

Ada gula, ada semut

Maksud: Ada banyak orang berkumpul atau datang ke tempat yang mudah mendapat rezeki.

Ungkapan terdekat:
1. Ada padi masak, adalah pipit.

Pijak semut pun, semut tidak mati.

Maksud: Orang yang bijak menipu orang lain atau orang yang kelihatan baik tetapi sebenarnya berkelakuan buruk.

Ungkapan terdekat maksudnya:
  1. Butter wouldn't melt in his mouth.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon