Memaparkan catatan dengan label manusia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manusia. Papar semua catatan

No man is an island

Maksud bahasa Inggeris:
Human beings necessarily depends on one another.

Maksud bahasa Melayu:
Manusia tidak dapat hidup sendirian atapun seorang diri dan memerlukan manusia lain.

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya

Maksud:
1.Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke merata tempat.
2. Tidak dapat melarang seseorang daripada berkata-kata.

Mati semut kerana gula

Maksud: Mendapat bencana kerana sesuatu yang terlalu menyenangkan

Ungkapan terdekat:
1. Mati ikan kerana umpan, mati manusia kerana budi.

Berapalah tajam pisau parang, tajam lagilah mulut manusia

Maksud: Kata-kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan hati atau berbisa daripada serangan fizikal.

Ungkapan terdekat:
1.Lidah lebih tajam daripada mata pedang.
2. The tongue is more venomous than a serpents sting.
3. Keris lembing tiada tajam lebih tajam lagi mulut manusia.

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

Maksud: Janji hendaklah ditunaikan. Berpegang pada janji. Janji mesti ditepati.

Ungkapan terdekat:
1. A promise is a promise.
2. Kerbau dipegang orang talinya, manusia dipegang mulutnya.

Bersatu teguh, bercerai roboh.

Maksud:
1. Sekiranya kita bersatu dan berkerjasama maka kita dapat berjaya atau menang. Tetapi sekiranya kita berselisih dan bergaduh antara satu sama lain, maka kita akan kalah.
2. Kata sepakat tercapai dengan rundingan/perbincangan/mesyuarat.

Ungkapan terdekat:
  1. United we stand, divided we fall.
  2. Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat. 
  3. Muafakat membawa berkat
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon