Memaparkan catatan dengan label tempayan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempayan. Papar semua catatan

Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali

Maksud: Lebih baik mendengar dan menurut ajaran/nasihat yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran/nasihat yang membawa kepada kesusahan.

Mulut tempayan

Maksud:
Tidak dapat menyimpan rahsia.

Telinga tempayan

Maksud:

1.Orang yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat.

Pecah buyung, tempayan ada

Maksud: Hilang seorang, masih ada orang lain sebagai penggantinya

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya

Maksud:
1.Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke merata tempat.
2. Tidak dapat melarang seseorang daripada berkata-kata.

Seperti tempayan bocor

Maksud: Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon