Memaparkan catatan dengan label kerbau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerbau. Papar semua catatan

Seperti bangau kasihkan kerbau

Maksud: Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri

Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang(liar)

Maksud: Kelihatan kaya(pandai), sebenarnya miskin/bodoh dan bernasib malang.

Seperti bangau kasihkan kerbau

Maksud: Bersahabat dengan seseorang kerana ada kepentingan diri sendiri

Kerbau bertanduk, rotan beronak

Maksud: Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya, rakyat kuat kerana persatuannya.

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

Maksud: Janji hendaklah ditunaikan. Berpegang pada janji. Janji mesti ditepati.

Ungkapan terdekat:
1. A promise is a promise.
2. Kerbau dipegang orang talinya, manusia dipegang mulutnya.

Kerbau dicucuk hidung

Maksud: Orang bodoh yang selalu mengikut kemahuan orang lain.

Masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak.

Maksud: Apabila berada di tempat orang atau negara orang, kita harus ikut adab atau aturan tempat atau negara itu.

Ungkapan terdekat:
  1. When in Rome, do as the Romans do. 
  2. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
  3. Every land has its own laws.
  4. Lain lubuk, lain ikannya.

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

Maksud : Oleh sebab yang sedikit rosak yang banyak. Oleh sebab kejahatan salah seorang anggota kumpulan atau masyarakat, maka orang lain juga mendapat nama yang buruk.

Ungkapan terdekat:
  1. One bad apple spoils the lot.
  2. Seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.
  3. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.

Seperti rusa masuk kampung

Maksud : Tercengang-cengang kehairanan

Ungkapan terdekat:

  1. Like a fish out of water.
  2. Bagai kerbau terkejut oleh gong.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon