Memaparkan catatan dengan label tanduk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanduk. Papar semua catatan

Kalau kucing keluar tanduk, barulah ayam boleh bersusu

Maksud: Sesuatu hal atau perkara yang mustahil.

Bagai Telur di hujung tanduk

Maksud bahasa Melayu:

1. Berada dalam keadaan atau situasi yang berbahaya dan sulit.

2. Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin.

3. Keadaan yang sangat genting, menunggu masa untuk musnah.

4. Dalam keadaan bahaya dan sulit/susah. 

5. Perkara kecil yang akan menimbulkan bencana besar.


Ungkapan terdekat:

1. Bagai abu di atas tunggul.

2. Bagai embun di hujung rumput.

3. Retak menanti belah

4. Raga menanti pecah.

5. Pecah menanti sebab, retak menanti belah.

Bagai kambing menanduk bukit, tanduk patah bukit tak runtuh

Maksud: Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian

Kerbau bertanduk, rotan beronak

Maksud: Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya, rakyat kuat kerana persatuannya.

Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang

Maksud: Apabila sudah mendapat sesuatu yang lebih baik, benda yang lama atau kurang baik dibuang.

Ungkapan terdekat:
1. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon