Memaparkan catatan dengan label patah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label patah. Papar semua catatan

Tawar hati

Maksud:
1. Tidak bersemangat.
2. Tidak berkemahuan lagi.
3. Hilang keberanian.
4.Kecewa.
5. Putus harapan.

Ungkapan terdekat:
1. Patah semangat.
2. Patah hati.
3. Disheartened.
4. Discouraged.

Patah kemudi, perahu hanyut.

Maksud: Rakyat yang kehilangan pemimpin akan menjadi kucar-kacir.

Kemudi patah, perahu tembuk.

Maksud: Malang yang datang bertimpa-timpa.

Ungkapan terdekat:
1. Sudah jatuh ditimpa tangga.
2. Misfortunes never comes singly.

Mulut manis mematahkan tulang

Maksud:
1.Bagi menangani kerenah manusia, cara berlembut ataupun berbuat baik lebih berkesan berbanding cara yang keras dan kasar.
2.Perkataan yang lemah-lembut dapat menundukkan hati yang keras.

Ungkapan terdekat:
Honey catches more flies than vinegar.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon