Memaparkan catatan dengan label manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manis. Papar semua catatan

Asam garam

Maksud: Pengalaman hidup yang berbagai-bagai, pahit manis, suka duka.

Habis manis, sepah dibuang

Maksud: Digunakan sewaktu perlu sahaja, setelah itu ditinggalkan.

Mulut manis, hati berkait

Maksud: Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya/niatnya.

Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan

Maksud: Sesuatu nasihat itu perlu difikirkan masak-masak buruk baiknya, manakala kecaman jangan pula ditolak mentah-mentah.

Buah masak merah, belum tentu manis rasanya

Maksud: Orang yang baik rupa parasnya belum tentu perangainya juga baik.

Pahit dahulu, manis kemudian

Maksud:
1. Perjanjian yang dibuat dengan syarat yang jelas dan tegas, supaya tidak timbul perselisihan pada kemudian hari.
2. Mendisiplinkan diri pada masa sekarang, bagi mencapai hasil yang baik pada masa hadapan.

A sweet tooth

Maksud bahasa Inggeris:
A love for sugary foods.

Maksud bahasa Melayu:
Suka pada benda-benda manis.

Mulut manis mematahkan tulang

Maksud:
1.Bagi menangani kerenah manusia, cara berlembut ataupun berbuat baik lebih berkesan berbanding cara yang keras dan kasar.
2.Perkataan yang lemah-lembut dapat menundukkan hati yang keras.

Ungkapan terdekat:
Honey catches more flies than vinegar.

Laut madu berpantaikan sakar(gula)

Maksud: Perkataan manis yang keluar daripada mulut orang yang baik paras rupanya.

Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat

Maksud:
1.Pujuk rayu yang penuh tipu muslihat.
2. Perkataan yang keras dan kasar tetapi mengandungi nasihat.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon