Memaparkan catatan dengan label rupa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rupa. Papar semua catatan

Laut madu berpantaikan sakar(gula)

Maksud: Perkataan manis yang keluar daripada mulut orang yang baik paras rupanya.

Rupa harimau hati tikus

Maksud: Rupa sahaja garang tetapi pengecut atau penakut.

Air muka

Maksud bahasa Melayu:
1. Rupa atau wajah yang membayangkan sesuatu.
2. Maruah atau harga diri.

Maksud bahasa Inggeris:
1. Personal honor.
2. Dignity.
3. Expression(facial).

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Maksud:
1.Tingkah laku(budi) dan pertuturan(bahasa) seseorang itu sentiasa diperhatikan dan ia melambangkan kemurnian dirinya.
2. Walaupun sesorang itu mempunyai paras rupa yang baik, namun sekiranya tingkah laku, budi bahasanya buruk, maka akan dipandang hina oleh masyarakat.

Ungkapan terdekat:
1. manners maketh man.

Indah khabar daripada rupa.

Maksud: Perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang sebenarnya.

Ungkapan terdekat:
  1. Bagai menumbuk padi hampa.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon