Memaparkan catatan dengan label merah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merah. Papar semua catatan

Seperti bunga raya kembang pagi

Maksud: Muka yang merah padam kerana marah

Buah masak merah, belum tentu manis rasanya

Maksud: Orang yang baik rupa parasnya belum tentu perangainya juga baik.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Maksud:
1.Tingkah laku(budi) dan pertuturan(bahasa) seseorang itu sentiasa diperhatikan dan ia melambangkan kemurnian dirinya.
2. Walaupun sesorang itu mempunyai paras rupa yang baik, namun sekiranya tingkah laku, budi bahasanya buruk, maka akan dipandang hina oleh masyarakat.

Ungkapan terdekat:
1. manners maketh man.

Laksana bunga dedap, sugguh merah berbau tidak

Maksud: Orang yang berpenampilan elok dan menawan tetapi tiada budi bahasa atau tidak beradab.

Bunga raya kembang pagi

Maksud: Muka yang merah padam kerana marah.

Ungkapan terdekat:
1. red-faced
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon