Memaparkan catatan dengan label buah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buah. Papar semua catatan

Buah fikiran

Maksud bahasa Melayu:

1. Pandangan atau pendapat.
2. Idea.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Ideas.
2. Thoughts.

Buah mulut

Maksud bahasa Melayu:

1. Perkara yang menjadi sebut-sebutan atau bualan atau percakapan orang.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Gossip.
2. The talk of the place.
3. The talk of the town.

Buah masak merah, belum tentu manis rasanya

Maksud: Orang yang baik rupa parasnya belum tentu perangainya juga baik.

Anak buah

Maksud:
1. Anak saudara.
2. Pekerja di bawah jagaan kita.

Seperti buah padi, makin berisi, makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi

Maksud: Semakin banyak ilmu seseorang dia harus semakin merendah diri, dan jangan menjadi seperti orang yang bodoh, apabila beroleh sedikit ilmu atau kelebihan maka menjadi semakin sombong.

Ungkapan terdekat:
1. Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk

Buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayang

Maksud: Berada dalam dilemma kerana terpaksa membuat dua pilihan, dan kedua-dua pilihan itu tetap akan mendatangkan masalah.

Ungkapan terdekat:
1.You'll be damned if you do and damned if you don't.
2. Kuda tua disuruh bekerja tidak boleh, nak dibunuh sayang.

Buah tangan

Maksud: Hadiah atau barang yang dibawa pulang sebagai hadiah kepada kaum keluarga daripada perjalanan atau lawatan ke suatu tempat yang jauh. Hadiah yang dibawa apabila menziarah orang sakit atau saudara-mara atau sahabat handai.

Ungkapan terdekat:
  1. Oleh-oleh.
  2. Bingkisan.
  3. Cenderamata.
  4. Hadiah.
  5. Barang kiriman.
  6. Gift.
  7. Present.

Dulu buah dari bunga

Maksud 1: Bertindak seolah-olah sesuatu benda itu sudah dimiliki, walhal is belum lagi menjadi kenyataan.

Maksud 2: Membuat kerja tidak mengikut peraturan.

Ungkapan terdekat:
  1. Don't count your chicken before they hatches.

 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon