Memaparkan catatan dengan label pahit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pahit. Papar semua catatan

Asam garam

Maksud: Pengalaman hidup yang berbagai-bagai, pahit manis, suka duka.

Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan

Maksud: Sesuatu nasihat itu perlu difikirkan masak-masak buruk baiknya, manakala kecaman jangan pula ditolak mentah-mentah.

Pahit dahulu, manis kemudian

Maksud:
1. Perjanjian yang dibuat dengan syarat yang jelas dan tegas, supaya tidak timbul perselisihan pada kemudian hari.
2. Mendisiplinkan diri pada masa sekarang, bagi mencapai hasil yang baik pada masa hadapan.

Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat

Maksud:
1.Pujuk rayu yang penuh tipu muslihat.
2. Perkataan yang keras dan kasar tetapi mengandungi nasihat.

Buah kepayang ditelan pahit, dibuang sayang

Maksud: Berada dalam dilemma kerana terpaksa membuat dua pilihan, dan kedua-dua pilihan itu tetap akan mendatangkan masalah.

Ungkapan terdekat:
1.You'll be damned if you do and damned if you don't.
2. Kuda tua disuruh bekerja tidak boleh, nak dibunuh sayang.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon