Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan

Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan

Maksud: Sesuatu nasihat itu perlu difikirkan masak-masak buruk baiknya, manakala kecaman jangan pula ditolak mentah-mentah.

Seperti hujan jatuh ke pasir

Maksud:
1. Nasihat yang tidak dihargai.
2. Pekerjaan yang sia-sia.

Fall on deaf ears

Maksud bahasa Inggeris :
1.To be ignored or disregarded.
2. Request or advice that is ignored.


Maksud bahasa Melayu :
1. Pandangan/nasihat ataupun pendapat ataupun cadangan ataupun permintaan yang tidak diambil kira ataupun yang tidak dipedulikan.
2. Tidak mahu atau enggan mendengar amaran ataupun nasihat.

Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat

Maksud:
1.Pujuk rayu yang penuh tipu muslihat.
2. Perkataan yang keras dan kasar tetapi mengandungi nasihat.

Bagai ketam mengajar anaknya berjalan

Maksud bahasa Melayu:

1. Orang yang memberi nasihat kepada orang lain, tetapi dia sendiri tidak mengamalkan nasihatnya.

Ungkapan terdekat:

1. Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul.

2. Bersihkan halaman sendiri dahulu, baru bersihkan halaman orang lain.

Bagai mencurah air ke daun keladi

Maksud bahasa Melayu:

1.Pesanan atau nasihat atau pengajaran yang tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar.

2. Nasihat atau pelajaran yang tidak masuk dalam ingatan.

Ungkapan terdekat:
1.Mencurah garam ke laut.
2. Masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri.
3. Longgar sendat, lapang bertukul.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon