Memaparkan catatan dengan label tulang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tulang. Papar semua catatan

Lidah tidak bertulang

Maksud: Orang yang mudah membuat janji dan mudah pula mengubah janjinya.

Berat tulang

Maksud: Orang yang malas.

Ungkapan terdekat:
1.Bone idle.
2. Bone lazy.
3.Indolent.

Curi tulang

Maksud:

1.Mengelak daripada bekerja dengan pelbagai tipu helah. Sekiranya tidak diawasi maka tidak bekerja.

2. Mengambil kesempatan untuk tidak bekerja.

Ungkapan terdekat:

1. Shirkers.

Tulang belakang

Maksud:
1. Orang harapan.
2. Punca kekuatan.

Ringan tulang

Maksud: Orang yang rajin bekerja, tangkas bekerja.

Seperti anjing berebut tulang

Maksud: Orang tamat berebutkan harta.

Isi, lemak dapat ke orang, tulang, bulu pulang ke kita

Maksud: Kita yang berusaha, orang lain yang senang.

Gajah mati, tulang setimbun

Maksud: Orang kaya yang mati banyak meninggalkan harta.

Ringan tulang,berat perut

Maksud: Orang yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki

Berat hati,beratlah tulang

Maksud: Pekerjaan yang tidak dilakukan sepenuh hati ataupun tanpa kerelaan akan terasa sukar ataupun berat.

Seperti anjing mengunyah tulang

Maksud: Orang yang suka bersungut-sungut.

Mulut manis mematahkan tulang

Maksud:
1.Bagi menangani kerenah manusia, cara berlembut ataupun berbuat baik lebih berkesan berbanding cara yang keras dan kasar.
2.Perkataan yang lemah-lembut dapat menundukkan hati yang keras.

Ungkapan terdekat:
Honey catches more flies than vinegar.

Biar putih tulang jangan putih mata

Maksud: Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.

Ungapan terdekat:
1.Better death than dishonour.
2. Better to die with honour than to live with shame.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon